Welcome to Cikgu Atika blogger...



Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada anda semua. sememangnya saya amat memerlukan sokongan daripada anda semua.



Saya harap dapatlah kita bersama-sama berkongsi pendapat dan pandangan di dalam melahirkan anak-anak yang berguna.



Wassalam......... cikgu_atika


Tuesday, April 13, 2010

Dyslexia????


Kanak-kanak dyslexia adalah mereka yang tidak dapat membaca. mereka gagal membaca dan menterjemahkan lambang-lambang yang bertulis. Kanak-kanak ini keliru dengan kedudukukan huruf dan pembalikan huruf.

contoh : b ditulis d
g ditulis p
n ditulis u

Perkataan-perkataan yang ditulis juga berlainan daripada yang sebenar.

contoh : bayi = dagi
nasi = uasi
lagu = lapu

Mereka juga keliru dengan susunan huruf. Sesetengah huruf yang terdapat di dalam perkataan akan salah.

contoh : dan = nad
pun = upn
air = ria

Mereka sering menambahkan huruf misalnya main ditulis maein, jaga ditulis jagar ataupun ari ditulis lakri.

Mereka sukar untuk menyalin semula nombor-nombor misalnya 6 ditulisnya 9 dan 10 ditulis 01.

Sangat suka menggantikan huruf misalnya saya ditulis dengan caya, manakala sayur ditulis dengan cayur dan api ditulis dengan cpi.

meninggalkan huruf misalnya makan ditulis dengan akan, sambal ditulis dengan samba ataupun rambut ditulis dengan ambut.

saya berharap sangat dapat membantu menangi masalah sebegini. Pertolongan dan dorongan serta kata-kata semangat mampu untuk kita semua berganding bahu menangai masalah ini. Bukan sahaja guru di sekolah memainkan peranan, ibu bapa juga harus bersama-sama menangi masalah ini.

sekian terima kasih,
wassalam............

No comments:

Post a Comment