Welcome to Cikgu Atika blogger...



Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada anda semua. sememangnya saya amat memerlukan sokongan daripada anda semua.



Saya harap dapatlah kita bersama-sama berkongsi pendapat dan pandangan di dalam melahirkan anak-anak yang berguna.



Wassalam......... cikgu_atika


Thursday, April 15, 2010

Lagu Sebuah Rumah

sebuah rumah di dalam hutan
dua ekor arnab mencari makan
satu ekoe berlari-lari
mengetuk pintu tuk tuk...........
tolong........tolong.............
katanya.........
hah????
si pemburu nak tembak saya
mari masuk ke dalam
bersukaria hureeeeey!!!!!!!!!!!!!!!11

Tuesday, April 13, 2010

Makanan Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak


BIJIRIN
makanan kumpulan ini kaya dengan sumber karbohidrat yang merupakan sumber tenaga yang penting. kumpulan makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protien.

contoh : nasi, mee, pasta, bijirin, bubur, capati dan biskut.

SAYUR SAYURAN DAN BUAH BUAHAN
membekalkan vitamin, mineral dan serat yang dapat mencegah dan memulihkan pelbagai penyakit.

DAGING
kekacang seperti kacang soya dan hasilnya, kacang merah dan kacang dal dapat menggantikan daging dan mengandungi rendah lemak. makanan kumpulan ini adalah sumber protien, vitamin, dan pelbagai zat seperti besi, zin, kalsium dan magnesium. protien sangat penting bagi mencegah pelbagai penyakit.

SUSU ATAU HASIL TENUSU
seperti keju dan dadih terletak sama paras dengan daging. makanan kumpulan ini adalah sumber kalsium yang penting dan perlu dimakan 1-2 sajian sehari.

LEMAK DAN GULA
makanan yang banyak mengandungi bahan ini terletak pada paras paling atas dalam piramid makanan. makanan kumpulan ini perlu dimakana sedikit sahaja dan berhati-hati.

Ciri - Ciri Murid Bermasalah Pembelajaran


- lemah dalam penguasaan 3M
- keliru dengan nombor 13 dan 31
- penguasaan yang lemah dalam sesuatu kemahiran kognitif jika dibandingkan dengan
rakan sebaya.
- sukar mengikut arahan.
- lemah dalam keseluruhan pelajaran
- mempunyai darjah kecerdasan antara 70 - 90
- selalu gagal dalam latihan dan ujian.
- memerlukan jangka masa yang lama bagi menguasai sesuatu kemahiran.
- lemah dalam perkara-perkara yang abstrak.
- mengulangi sesuatu aktiviti beberapa kali.
- keliru dengan hari seperti hari ini, disebut esok dan sebagainya.
- menunjukkan kesukaran dengan koordinasi motor kasar ataupun halus.
- lemah dalam menerima sesuatu konsep yang baru.
- tidak dapat menghubungkaitkan konsep baru dengan yang lama.
- lambat mengingat semula.
- mudah terganggu.
- rendah diri.
- pemalu.
- tiada motovasi.
- sukar mengingati smeula apa yang dilihat.

Tingkah Laku Bermasalah


Tingkah laku bermasalah terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku bermasalah negatif dan tingkah laku bermasalah positf.

Tingkah laku bermasalah positif terdapat emapat pecahan iaitu tingkah laku ingin tahu, tingkah laku cepat belajar, tingkah laku pintar cerdas dan tingkah laku proaktif.

Tingkah laku bermasalah negatif pula mempunyai tiga pecahan iaitu tingkah laku bergantung, tingkah laku disruptif dan tingkah laku distruktif.

Tingkah laku bergantung adalah tingkah laku yang membahayakan diri. Ciri-ciri murid seperti ini ialah kebimbangan yang melampau, pergantungan berlebihan sama ada dengan ibu bapa, guru ataupun kawan kawan, pengunduran diri dan pengasingan diri.

Tingkah laku disruptif adalah tingakh laku yang membahayakan orang lain. Ciri-ciri murid yang mempunyai masalah tingkah laku ini adalah hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif secara lisan dan fizikal.

Tingkah laku distruktif adalah tingkah laku yang membahayakan diri, sekolah dan masyarakat. Ciri-ciri murid seperti ini ialah permusuhan nyata, vandalisme, kumpulan liar, klink dan mempunyai geng yang tersendiri.

Saya berharap agar semua pihak dapat bekerja sama membenteras masalah ini. Dorongan daripada semua pihak mungkin akan dapat membenteras masalah ini.

sekian............
assalamualaikum.

Dyslexia????


Kanak-kanak dyslexia adalah mereka yang tidak dapat membaca. mereka gagal membaca dan menterjemahkan lambang-lambang yang bertulis. Kanak-kanak ini keliru dengan kedudukukan huruf dan pembalikan huruf.

contoh : b ditulis d
g ditulis p
n ditulis u

Perkataan-perkataan yang ditulis juga berlainan daripada yang sebenar.

contoh : bayi = dagi
nasi = uasi
lagu = lapu

Mereka juga keliru dengan susunan huruf. Sesetengah huruf yang terdapat di dalam perkataan akan salah.

contoh : dan = nad
pun = upn
air = ria

Mereka sering menambahkan huruf misalnya main ditulis maein, jaga ditulis jagar ataupun ari ditulis lakri.

Mereka sukar untuk menyalin semula nombor-nombor misalnya 6 ditulisnya 9 dan 10 ditulis 01.

Sangat suka menggantikan huruf misalnya saya ditulis dengan caya, manakala sayur ditulis dengan cayur dan api ditulis dengan cpi.

meninggalkan huruf misalnya makan ditulis dengan akan, sambal ditulis dengan samba ataupun rambut ditulis dengan ambut.

saya berharap sangat dapat membantu menangi masalah sebegini. Pertolongan dan dorongan serta kata-kata semangat mampu untuk kita semua berganding bahu menangai masalah ini. Bukan sahaja guru di sekolah memainkan peranan, ibu bapa juga harus bersama-sama menangi masalah ini.

sekian terima kasih,
wassalam............